Sunday, May 1, 2011

Apa itu kemanusiaan........................?

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada semua rakan2 blogger akem.....kawan akem dah cek status permohonan ke tingkatan 6 bawah semalam...ramai kawan-kawan akem dpt jurusan KEMANUSIAAN di sekolah-sekolah yang terpilih....soo...kat sini akem nak citer pasal ape itu KEMANUSIAAN secara amnya..
      KEMANUSIAAN ialah merupakan ilmu akademik yang mengkaji unsur-unsur manusiawi menggunakan kaedah analisis, kritis dan spekulasi dan bukan kaedah empirik sains semula jadi dan sosial. Bidang kemanusiaan termasuklah kajian bahasa, kesusasteraan, sejarah, falsafah, agama, seni visual, seni pentas (termasuk muzik). Bidang antropologi, kajian kawasan, komunikasi, kajian budaya dikatakan bidang sains sosial yang bertindih dengan ilmu kemanusiaan.
Bidang lain termasuklah teologi, undang-undang, psikologi, filologi, retorik dan sebagainya.
          Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.
Seperkara lagi subjek di tingkatan 6 adalah perulangan untuk tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 terutama geografi dan sejarah. Akem akan terangkan serba sedikit sukatan matapelajaran tingkatan 6 jurusan kemanusiaan kombinasi geografi dan sejarah.
Kepada sesiapa yang mengambil kombinasi geografi dan sejarah, untuk pengetahuan anda, geografi dibahagikan kepada 2 iaitu geografi alam sekitar manusia dan geografi alam sekitar fizikal.
Manakala untuk matapelajaran sejarah, ada Sejarah Malaysia, Sejarah Asia Tenggara, Asia Pasifik, Asia Tengah, Tamadun Dunia dan Tamadun Islam.
Untuk Geografi Manusia, anda akan belajar mengenai geografi yang berkaitan dengan kehidupan manusia seperti kadar pertumbuhan manusia, kadar kelahiran dan lain-lain. Manakala geografi fizikal pula, anda akan belajar mengenai proses-proses yang berlaku dalam dan luar kerak bumi seperti letusan gunung berapi, proses geomoforlogi, gempa bumi dan sebagainya.

Untuk Sejarah Malaysia anda akan belajar sejarah mengenai Malaysia sahaja, Asia Pasifik, Asia Tenggara dan Asia Tengah mengenai luar Malaysia. Manakala sejarah tamadun dunia anda akan belajar mengenai tamadun yang ada di dunia ini, seperti Tamadun Mesophotamia, Tamadun Yunani, pembentukan negara kota dan sebagainya. Sejarah tamadun Islam pula adalah mengenai tamadun Islam sepeti Arab Jahiliyah, khalifah-khalifah dan sebagainya.
Selain itu, jika anda mengambil kombinasi sejarah dan geografi anda juga akan belajar matapelajaran lain iaitu Bahasa Melayu, MUET dan Pengajian Am. Bahasa Melayu, anda akan belajar mengenai sejarah bahasa Melayu, asal bahasa Melayu, dinamika bahasa, variasi bahasa dan sebagainya termasuklah 4 jenis karangan iaitu rumusan, memorandom, ucapan dan satu lagi lupa pulak. Matapelajaran Bahasa Melayu tidak sama dengan kesusasteraan Melayu. Jangan nak samakan dua jenis matapelaran tersebut sebab ada banyak perbezaan.
Manakala Pengajian Am pula, anda akan belajar 3 jenis iaitu Pengajian Am Kreatif, Pengajian Am Kenegaraan, dan Pengajiam Am Statistik. Pengajian Am Kreatif anda akan belajar mengenai cara membuat karangan berbentuk artikel. Karangan itu ada dua jenis laras satu laras sastera dan satu lagi laras sains. Untuk laras sains anda perlu memasukan unsur sains atau istilah sains dalam karangan tersebut.
Seterusnya Pengajian Am Statistik anda akan belajar mengenai macam mana menukarkan maklumat dari bentuk linear kepada bentuk bukan linear dan dari bentuk linear kepada bukan linear, dari jadual kepada teks dan teks kepada graf atau carta pai.
Pengajian Am Kenegaraan pula, anda akan belajar mengenai kenegaraan Malaysia seperti perlembagaan Malaysia, jenis dan bentuk serta konsep negara, jabatan-jabatan serta kementerian-kementerian yg ada di Malaysia, jawatan yang Di Pertuan Agong serta sebagainya.
Matapelajaran MUET pula dibahagikan kepada 4 kertas atau 4 ujian iaitu listening test, speaking test, writing test dan reading test. Semua ujian ada format-format masing-masing.

Fuhyoooh...aku dpt form 6 jurusan ............

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 follower,rakan facebook dan juga rakan2 yang lain kerenan korang sudi bertandang ke blog akem yang tak seberapa lawa nih....oklah...akem nak citer nie pasal something...
Korang tau tak....akem dapat masuk ke tingkatan 6 bawah di sekolah pilihan tau...iaitu di sekolah SMKDPT....(Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur)...memang akem x jangka akan dpt masuk sekolah nie dlu sebab sekolah nie power...budak2nya pown boleh tahan hebat...selalu sekolah nie pecahkan rekod tiap2 tahun..terutama pelajar PMR...mesti meningkat bilangannya tiap2 tahun.....yang paling MENAKUTKAN..akem ditawarkan jurusan SAINS di sekolah berkenaan...huhuhu...kecut perut nie nengok surat tawaran melalui on-line nih....

Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 Bawah
Berikut Adalah Maklumat Tawaran
No. Kad Pengenalan
::
************
Angka Giliran
::
JK101A01
Nama
::
MUHAMMAD AMIRRUL HAKIM BIN LOKMAN NOLHAKIM
Sekolah Asal
::
JEA1078 - SMK. TAMAN KOTA MASAI, JOHOR BAHRU
 
Jurusan
::
SAINS
Sekolah Ditawarkan
::
JEE1005 SMK DATO' PENGGAWA TIMUR
Tarikh Mendaftar
::
9 Mei 2011
 Ala...bende nie panjang sangatlah..hehe sorry sebab x boleh baca habis...
Huhu...baca bende nih je terus rasa nak pengsan...ape taknya...orang selalu dok cakap pasal tingkatan enam nie susah..lagi2 subjek sains....tu yang selalu buat akem rasa takut and kecut sikit....
      Klu korang rasa korang nie kaki struggle..boleh la masuk form 6.....bagi yang bukan kaki struggle..baik korang tunggu UPU je..klu korang masuk form 6....bukan akem nak kutuk ea..tapi klu korang x struggle kat form 6..sure hancur paper korang.....sebab ramai2 orang yang beri perspektif negatif berkenaan dengan form 6 nih....anyway...pilihan ditangan korang....klu korang nak semak kemasukan ke tingkatan 6...korang pergi cek kat sini(klik sini ok)....klu korang rasa nak kongsi ape2 tentang tingkatan 6 nie boleh2 je..berikan komen korang ok....akem akan baca kesemuanya....klu x de komen maknanya korang semua setuju la dengan akem..ok lah akem nak sambung buat keje lain..harap2 korang stay tune berkujung ke blog nie ok......~~~