Saturday, April 30, 2011

Cara Bertaubat

Assalamualaikum..hari ini akem nak citer sikit pasal cara-cara nak bertaubat dengan betul....nie serba sedikit yang akem terbaca kat blog orang..sooo akem pindahkan sahaja maklumat tu dari blog dia ke blog sini...jgn risau akem dah mintak izin dengan dia dah....
  
Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim : 8)

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :
"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Hasan Al Bashri berkata :
“Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”

Al Kulabi berkata :
“Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”

Sa'id bin Musayyab berkata :
“Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”

Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :
“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)
Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.
Cara-Cara Bertaubat
  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah : “Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)
Hukum Taubat

Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.
Penutup

Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.

Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :
"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”

Wednesday, April 27, 2011

Memories wif my friends

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...ari nie akem nak citer pasal "memori bersama rakan2ku disekolah:..memang x dpt dinafikan bahawa memori tentang alam zaman persekolahan memang menyeronokkan dan juga boleh menarik minat setiap orang yang dah habis sekolah tok citer tentang mereka semasa mereka dialam persekolahan...hurm..akem ari nie nak citer pasal kawan2 akem semasa dialam persekolahan....
     Akem amat merindui keadaan didalam kelas yg sungguh heboh dan juga bising...biasalah..x de cikgu mulalah kita menjadi cacing kepanasan yg tak reti duduk diam dalam kelas....

  HA...NIE GAMBAR KAWAN SAYA DIDALAM BILIK PENGAWAS TENGAH BUAT MEETING TENTANG PROGRAM ORIENTASI PENGAWAS....YG BUKAN PENGAWAS POWN ADA KAT SITU....HAHAHA...DIA NIE KETUA PENGAWAS KAT SEKOLAH...

Bila cikgu 300 m dari jarak kelas..semua orang lari dan duduk ditempat masing2...tapi mereka nie rajin2 dan pandai2.....ye lah..x kan nak stress je belajar kan mesti nak happy2 juga....klu korang nak tau cikgu2nya juga sporting.....cikgu2 kelas kami selalu bagi motivasi kepada kami sepanjang tempoh pembelajaran berlaku...
    Seterusnya..akem suka suasana bersama dengan rakan2.....itu yg amat akem rindui sekarang..akem nak jumpa kawan2 dan ajak mereka berborak,jalan sama2,buat reunion or apa2 lah janji nak jumpa dyeorang..last kita buat reunion masam bulan 12 sambut birthday guru kelas kami iaitu Cikgu Rosman....kita sambut di rumah dia....hurm....cikgu rosman cikgu fizik kita..klu dia x masuk kelas..sunyi je sebab cikgu rosman nie yg selalu bising2 dalam kelas....dia bising2 sebab dia sporting dan juga dia suka kacau2 kitaorang semua...
    NIE LA GAMBO CIKGU SAYA..CIKGU ROSMAN....CIKGU NIE MEMANG TAKUT BELON MACAM SAYA..HAHAHAHA..PAS TU BUDAK2 LELAKI PERGI KACAU CIKGU NIE DENGAN BELON..APE LAGI....HAHAHA..KORANG MESTI TAW ....BELAKANG DIA ISTERINYA SEORANG CIKGU JUGA.....BAJU MERAH NYSA , KAT SITU JUGA ADA ESHA DAN JUGA EMA....

       SUAP SIR KAT MULUT SYIERA TU BANYAK2.....HAHAHA..NIE LA KEK YG DIHADIAHKAN KHAS DARI BUDAK2 KELAS SAYA..IAITU 5 CEKAL..MEREKA NIE MEMANG SPORTING ABES..CIKGUNYA POWN APE KURANGNYA....
    NIE LA HADIAH KENANG-KENANGAN DARIPADA KAMI BUDAK2 KELAS 5 CEKAL SMK KOTA MASAI.....CIKGU ROSMAN SEBENARNYA X SANGKA BENDE NIE AKAN TERJADI..DIA ARITUH MASIH LAGI SHOCK...HAHAHA....TAPI AN ARI TU AMAT BERMAKNA BAGI KITA ORANG SEMUA.....CANTIK X GAMBO DALAM FRAME TUH?
    LEPAS KITA BUAT SUPRISE KAT SIR ROSMAN...KITA AKAN MENJAMU SELERA....HURM LAUKNYA POWN BOLEH TAHAN SEDAP JUGA.....NENGOK DALAM GAMBAR NIH..SEDAP BETUL DYEORANG MAKAN...NAJIHAH DAN FARAH MAKAN DENGAN BEGITU LAHAP SEKALI...HEHEHE....
   SUKANYA NAJWA DPT JUMPA KAWAN2...NENGOK DARI SENYUMANNYA POWN DAH TAU..RINDU SESANGAT WALAUPON BARU LEPAS MENDUDUKI SPM BEBERAPA MINGGU LEPAS....
   NIE MASA KITA MAIN SELEPAS MAKAN........TEAM LELAKI AMAT MENYERLAH SEKALI BILA MAIN GAME.....BETUL2 MEREKA NIE HERO KELAS KAMI...AKEM YG INCHARGE GAME NIH..NAMA GAME NIE IALAH GELUNG BERACUN....TERINGIN NAK MAIN?
   BUDAK PEREMPUAN AMAT KETINGGALAN DIBELAKANG...CIAN DYEOWG..HAHA KEEP IT UP GURLZ!!!!
  WAKTU NAK BALIK...KITA AMBIL GAMBAR RAMAI2..SEBAGAI TANDA KENANGAN....SAYA DIBELAKANG..X NAMPAK HAHAHA TAPI KITA ENJOY SATU HAR SUNTUK.....BEST BEST BEST


  Ha.....tu la serba sedikit cerita tentang kawan2 saya.....sebenarnya akem nak buat part 2 nanti.....klu nak citer sampai sini x ckp....nengok la nanti...klu akem x malas..akem citer la yg part 2 tuh..ok ape2 hal korang sayang la kawan2 korang.....klu ada kawan yg dah lama x jumpa tego2 la dye takut2 dia dah x kenal korang plak..hahahahaha....ok lah tq sebab dah baca...~~

Tuesday, April 26, 2011

4 orang wanita group lepasan SPM 2010 di facebook yg membuatkan aku sakit kepale....~

    Assalamualaikum kepada semua mike yg sudi baca blog akem yg x seberapa lawo sangat nih....ok hari nie akem nak citer pasal 4 orang budak perempuan yg selalu buat kepale akem pening...hehehe untuk klu dia ialah 2S , 1E dan 1M...sape la dye nie an....tapi yg pastinya klu x de dia x ceria lepasan spm 2010 di FB...

    Pertamanya saya suka nak citer pasal budak nie namanya Mya ...orang panggil Myra or Mya...hurm..saya baru je kenal dengan dia nih....tapi dia jenis gurlz yg okok je....dia suka bergaul dan suka la bercerita2 dalam group lepasan..setakat nie x pernah la tegok perangai dia yg bukan2 dalam group..hehehe...klu korang nak tau..dia nie peramah dengan semua orang..
  Nie lagi sorang minah yg dilahirkan abnormal di group leapsan SPM...dia dalah satu orang yg dpt menceriakan group tu..x de dia nie sunyi je sebab dia suka pot pet2 kat lepasan...dia nie juga suka ckp lepas..ops..lupa plak..nama dia Eyna....eyna kadang2 suka sakitkan aty orang..haha agaknya dia nie memang berperangai macam tu kowt..ala korang kan tau..dalam dunia nie bermacam2 ragam sketsa kehidupan manusia....jadi x heranla klu satu hari nanti korang dpt kawan macam dia nie...yg bagusnya klu dpt kawan macam nie..dia akan ckp kesalahan kita secara direct dan x de kalis2....tu importantnya..setelah budak2 lepasan SPM buat kajian..dia nie amat mudah sensatif...dia kadang2 klu suka2 tapi dalam hati dia menangis....dia nie memang superb women la....dia sakit hati or kecewa tapi x tunjuk dengan orang...hope korang carik la kawan macam nie....dia nie juga agak mesra dengan sesiapa je..klu korang nak tau..dia nie suka kacak 
Star Light kat facebook..haha tu salah satu juga kawan saya di FB.....
  Ha..citer pasal budak nie memang la..sampai hujung dunia x habis agi...klu korang nak tau...nie la aniza...orang yg selalu memberi feeling kepada orang lain...dari tadi asyik suka tag nama Star Light je....haiz..dia nie memang berperangai pelik...dia juga amat kuat daya imaginasi..walaupon bende tu visual tapi dia seolah2 macam bende tu depan mata dia dan reaksi dia pown berbeza....aniza nie orangnya suka berterus terang..dan juga pandai memujuk la..x tau la bagi korang an dia nie macam mana..aku just bagi pendapat pada persepsi aku jer....bahasa dia pown bole tahan manja gak..hehehe...tapi an...orang ramai suka dia kat fb sekarang nih..hahaha..niza aku bngkar realiti..hahahaha...kadang2 niza juga suka nyakat orang lain..terutama mohd isyraf dan star light...tapi niza nie ceria orangnya...marah x tunjuk,sedih x tunjuk lebih kurang sama dengan eyna tadi..hahaahahahahaha


Ops...gambar dah di delete sebab cute sangat...awww







  Siapakah gerangan ini...haha ini la hidayah...orang yg kiut gambonyer dalam fb....ark..dia nie klu korang nak tau jenis suka marah2 sikit....tapi an dia nie sporting dalam group...biasalah..macam2 ragam an....kengkawan nie kita kene phm dia macam mana...dia juga x suka diganggu x tentu pasal..hahahaha..klu nak gurau dengan dia mesti kene marah dlu..hahaha dia nie klu dah benci orang..hurm x tau nak ckp....hahaha...sometimes hidayah memang manja gak....manja2 kucing gitu...seronok dpt share citer dengan dia..sebab dia nie suka diajak berborak..dan ada yg ckp yg hidayah ie cpt bosan...hahahahaha ntah la aku x tau pasal tu...bila dia dah suka seseorang..pergh suka giler..hahahaha itu la je yg aku tau dari dia...
  Kongklusinya ialah..sayanglah kawan2 anda walaupon macam2 ragam yg korang jumpa...jagalah hati kawan selagi kita mampu menjaganya....menjalin ikatan persahabatan memang manis tetapi terputus jalinan persahabatan memang pahit....renung2kan dan selamat beramal....~~

Monday, April 25, 2011

Koleksi Cerita2 lawok...jom2 baca....~

KISAH SEORANG PANGLIMA
Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya – dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)
NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”
LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!
Salah Faham
Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpatam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg barukehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…

Tentang SeSeorang yg saya kenal di FACEBOOK...~

Assalamualaikum kepada you all di luar sana erk...saya mintak maaf sesangat kerana x dpt post older post yg banyak tertunggak...sorry sesangat anyway nanti saya akan citerkan juga older post saya yg banyak tu klu blog saya siap sepenuhnya..nampak macam serabut sikit blog nie...tapi jgn risau..nanti cantik la dye..hehehe....
   
          First of all,saya nak citer pasal sorang budak dalam FACEBOOK nih..kita kenal dia dalam group Lepasan SPM 2010...klu korang nak tau dia sapa..dia ialah seperti didalam gambar diatas.....nak tau nama dia..nama dia ialah Alya Jane(Nama yg dia suka)...sebenarnya nama dia bukan Alya jane..tapi Jenylia.....nak jadikan citer,....nama komersial dia ialah Alya Jane....korang nak tau x kenapa topik saya tentang dia...ok meh2 kiter kupas2 citer nie reramai.....
      Kalau korang nak tau..dalam leapsan SPM 2010 , jawatan dia ialah Dr Cinta/Dj Budak Fm/Kaunselor saya...saya sudah suka berkawan dengan dia semasa saya mengajak beliau menyertai budak fm...ternyata Alya nie seorang yg ceria,peramah dan juga pandai bergaul...dalam suasana kita bermesra...Alya amat pandai menjaga dan memerhati tingkahlaku dan perasaan orang lain di sekitarnya....Alya jane beragama kristian....maybee korang ingat dia melayu kan...tetapi dia orang sarawak..menetap di sibu....dia teringin sangat nak ke semenanjung sebab dia teringin nak hang out dengan budak2 lepasan yg tinggal di semenanjung...ala klu nak diikutkan alya jane bukannya seorang yg pendiam..tetapi dia nie suka ikut keadaan hal semasa...
       Second thing yg menarik pada alya nie..dia suka semua jondre lagu korea dan english..terutama k-pop dan Taylor swift...klu nak ck..hurm..memang dia nie fanatik sangat dengan Taylor nih..sampai lagu2 dia semua dia boleh ingat....and klu korang nak tau..sore alya sedap tau klu nyanyi....walaopun x masuk key tapi nada sore dia ada alunan yg tenang..bak kata budak2 lepasan spm la...alya memang macam tu..bila di bohsan mulalah nak menyanyi.....
   Alya jane dlu seorang yg amat pemalu...nak ckp dengan orang pown alahai susahnya...~~~..tapi sekarang nie..orang ckp 1 patah perkataan..dia sambung 100 patah perkataan...nie disebabkan oleh diA dah jadi DJ an..haha terbawa2 sampai ke lepasan...selalunya bila dia on air..sore dia memang slow.....and ckp gagap2..sebab dia rasa segan2 agi nak jadi DJ....dia selalu promote lepasan SPM 2010....bagi dia..semua kat lepasan tu kawan2 baik dia...and alya sporting orangnya...ckp pasal sporting..alya x de mengamalkan konsep diskriminasi...dia selalu layan orang sama rata...baik lelaki ke or perempuan...semua dia layan sama je termasuk la BF dia..hehehe...klu x salah la.....
   Alya jane gemar cokolat cadburry dan keropok BIKA....kebanyakan orang memang suka makan colokat dan keropok....hurm dia kata..coklat tu dia makan sorang dah boleh abis....bukan yg kecik punye tapi yg besar..mak aih...badan kecik tapi makan kuat...alya jgn makan coklat banyak2 nanti gemuk dan sakit gigi....tu la makanan fav yg saya tau lar..klu nak tau lagi..tanya pada tuan punya badan sendiri..ok......
    Itulah serba sedikit tentang alya jane yg semakin popular dipentas DJ..hehehehehe....harap korang dpt la share tentang kawan2 korang yg korang rasa dia amazing bagi korang...bagi kawan2 saya diluar sana..klu anda ingin menjadi seperti alya jane...dekat2kan diri anda apsa daya..mana tau satu hari nanti boleh masuk blog saya....nak carik kawan yg bagus tu susah tetapi nak carik kawan yg buruk senang je....ingat..pepandailah pilih kawan...klu kawan kita tu tua daripada kita..tlg la hormatinya ok....klu kawan kita lebih muda cari kita..tlg la jgn membuli or menyakiti hatinya kerana kawan memberikan kita sumber inspirasi dan vision pada kita..kawan gak tempat sharing masalah......bagus klu kita berkawan dengan cara yg betol....

Saturday, April 9, 2011

Blog sedang di naik taraf

Kepada korang...akem minta maaf sangat kerana akem x dpt hantar post2 baru sebab blog nie ade masalah sikit..akem harap korang stay tune dengan baca artikel dalam blog akem ok?