Tuesday, March 1, 2011

Kisah ibu dan anak...

seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur... lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu....... si ibu mengesat tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh anak lalu membacanya....

KOS UPAH MEMBANTU IBU:
1) tolong pergi kedai rm 4.00
2) tolong jaga adik rm 4.00
3) tolong buang sampah rm 1.00
4) tolong kemas rumah rm2.00
5) tolong siram bunga rm 3.00
6) tolong sapu sampah rm 3.00
jumlah: rm17.00

selesai membaca... si ibu tersenyum memandang si anak.. sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya... si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama....

1)kos mengandungkanmu selama 9 bulan-percuma
2)kos berjaga malam menjagamu-percuma
3)kos air mata yang menitis keranamu-percuma
4)kos risau kerana bimbangkanmu-percuma
kos menyediakan makan minum, pakaiaan dan keperluanmu-percuma
jumlah: PERCUMA

air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.... si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata... "saya sayangkan ibu.."..... kemudian si anak mengambil pen dan menulis....'telah dibayar'.... pada muka surat yang ditulisnya.....

diriwayatkan: seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya."wahai Rasullah. siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku..?" .... Rasulullah menjawab.." ibumu, ibumu dan ibumu kemudian ayahmu.. kemudian saudara saudara terdekatmu..."

No comments:

Post a Comment